Salam Maulidur Rasul 1438H.
Berselawatlah Keatas Nabi Muhammad S.A.W.
BIODATA RASULULLAH S.A.W*
*Nama* : Muhammad bin Abdullah bin Abdul
Mutalib bin Hashim.
*Tarikh lahir :* _Subuh hari Isnin, 12
Rabiulawal_ bersamaan 20 April 571
Masehi (dikenali sebagai
Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah
Abrahah yang menyerang
kota Kaabah)
*Tempat lahir* : Di rumah Abu Talib, Makkah
Al-Mukarramah.
*Nama bapa* : Abdullah bin Abdul Muttalib bin
Hashim.
*Nama ibu* : Aminah binti Wahab bin Abdul
Manaf.
*Pengasuh pertama* : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar
Ummu Aiman. Hamba
perempuan bapa
Rasulullah SAW).
*Ibu susu pertama* : Thuwaibah (hamba
perempuan Abu Lahab).
*Ibu susu kedua* : Halimah binti Abu Zuaib
As-Saadiah (lebih dikenali
Halimah As-Saadiah.
Suaminya bernama Abu Kabsyah).
: *USIA 5 TAHUN*
: _Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua
malaikat_
untuk mengeluarkan
bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.
: *USIA 6 TAHUN*
: _Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia_ di
Al-Abwa '
(sebuah kampung yang
terletak di antara Makkah dan Madina, baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba
perempuan bapa Rasulullah SAW)
dan dibiayai oleh
datuknya Abdul Muttalib.
: *USIA 8 TAHUN*
: _Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia_.
Baginda dipelihara pula
oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
: *USIA 9 TAHUN* (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
:Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan
perniagaan.
:Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira
(Buhaira) telah bertemu
ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang
pengutusan seorang nabi
di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa
itu.
: *USIA 20 TAHUN*
:Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab '
Sirah ' ,
jilid1, halaman 184-187
menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah
14 atau 15 tahun.
Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan
berperanan mengumpulkan
anak-anak panah sahaja.
:Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk
memberi
pertolongan kepada orang
yang dizalimi di Makkah.
: *USIA 25 TAHUN*
:Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan
Khadijah
binti Khuwailid
Al-Asadiyah.
:Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan
Khadijah.
:Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya
yang lain pergi berjumpa
Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk
meminang Khadijah yang
berusia 40 tahun ketika itu.
:Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
: *USIA 35 TAHUN*
:Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
:Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan
penduduk
Makkah.
:Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad '
ke
tempat asal dan
sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan
batu tersebut.
: *USIA 40 TAHUN*
:Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan
Rasul
akhir zaman.
: *USIA 53 TAHUN*
:Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina
Abu Bakar
Al-Siddiq.
:Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.
: *USIA 63 TAHUN*
:Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin,
12
Rabiulawal tahun
11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.
*ISTERI-ISTERI
RASULULLAH SAW*
: Khadijah Binti Khuwailid.
: Saudah Binti Zam'ah.
: Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
: Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin
Al-Khattab).
: Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
: Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
: Zainab Binti Jahsy.
: Maimunah Binti Harith.
: Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
: Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang
Miskin).
*ANAK-ANAK RASULULLAH
SAW*
1:
Qasim
2: Abdullah
3:
Ibrahim
4: Zainab
5:
Ruqaiyah
6: Ummi
Kalthum
7: Fatimah
Al-Zahra '
*ANAK TIRI RASULULLAH
SAW*
:Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada
Saidatina
Khadijah bersama Hind
bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah,
Khadijah adalah seorang
janda).
*SAUDARA SESUSU
RASULULLAH SAW*
*_IBU SUSUAN/SAUDARA
SUSUAN_*
1. Thuwaibah 1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah
bin Abdul Asad
*_SAUDARA SUSUAN_*
1. Halimah Al-Saidiyyah
1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith
bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith
bin Abdul ' Uzza
4. ' Aisyah binti Harith
bin abdul ' Uzza
*BAPA DAN IBU SAUDARA
RASULULLAH SAW*
( _ANAK-ANAK KEPADA
ABDUL MUTTALIB_)
1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama
asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu
Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada
Zubair Al-Awwam) ***
*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih
pendapat tentang Islamnya.
*Sabda Rasulullah SAW:*
:revolving_hearts: _"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka
sesungguhnya dia telah mencintai aku_. _Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya
dia bersama-samaku di dalam_
_syurga"_ (Riwayat
Al-Sajary daripada Anas )
اللهم صلى على سيدنا محمد
وعلى آله واصحابه وسلم
Nabi Muhammad SAW -
Manusia agong
: *KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH*
:Begitu indahnya sifat fizikal
Baginda, sehinggakan
seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua
muka dengan Baginda
lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran
apa yang disampaikan
oleh Baginda.
_Di antara kata-kata
apresiasi para sahabat ialah:_
: Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
:Aku melihat cahaya dari lidahnya.
: Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat
matahari
terbit.
: Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
:Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
: Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
: Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan
purnama.
: Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
: Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
: Wajahnya seperti bulan purnama.
: Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
:Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas
semasa
marah.
: Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
:revolving_hearts: Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas
kelopaknya, kebiruan asli
di bahagian sudut.
:Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas
sekali
pertama kali melihatnya.
:Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
: Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian
depan.
:Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
:Janggutnya penuh dan tebal menawan.
:Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
: Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
:Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
:Rambutnya sedikit ikal.
: Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg
mencecah
bahu tapi disisir rapi.
: Rambutnya terbelah di tengah.
:Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut
menganjur
dari dada ke pusat.
:Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua
bahunya
lebih drpd biasa.
:Seimbang antara kedua bahunya.
:Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga
besar
dan tersusun dgn cantik.
:Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
:Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
: Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak
melekat air.
:Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
:Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran
coklat dan
putih.
:Warna putihnya lebih banyak.
:Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
:Warna kulitnya putih tapi sihat.
:Kulitnya putih lagi bercahaya.
: Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
: Badannya tidak gemuk.
:Badannya tidak tinggi
dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran
sederhana lagi kacak.
: Perutnya tidak buncit.
: Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org
ramai
baginda kelihatan lebih
tinggi drpd mereka.
: *KESIMPULANNYA* :
Nabi Muhammad sa.w
adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh
sepanjang zaman.
Baginda adalah
semulia-mu
lia insan di dunia.
*Nota:*
_Kirimkan kepada
sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk_
mencintai Allah dan
RasulNya, seperti Allah dan RasulNya mencinta_
0 comments:
Post a comment