Karnival Pasukan Badan Beruniform Negeri Johor 2017
Tarikh : 17 Ogos 2017
Tempat : SK Lelaki Bandar
Karnival Pasukan Badan Beruniform merupakan satu agenda utama dalam pembentukan sahsiah, disiplin dan kepimpinan pelajar. Karnival Pasukan Badan Beruniform ini telah menjadi satu platform untuk memantapkan lagi kecenderungan dan minat murid dalam Badan Beruniform di sekolah. Tahun ini merupakan tahun pertama karnival ini dijalankan. Banyak aktiviti telah dijalankan bagi memastikan penglibatan murid terlibat secara menyeluruh. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Ikhtiar Hidup, Pandu Arah, Bantu Mula, Ikatan Tali dan Kraftangan. Kesimpulannya, melalui penglibatan dalam Karnival Pasukan Badan Beruniform ini, penglibatan penuh pelajar berjaya melatih dan mencungkil bakat kepimpinan pelajar. Lebih manis lagi, murid SK Pengkalan Tereh iaitu Rohman bin Atan berjaya memenangi cabutan bertuah tempat ke-3. Karnival ini tamat dengan penyampaian hadiah dan sijil pada jam 04:30 petang.
MURID-MURID SKPT YANG TERLIBAT DALAM KARNIVAL PASUKAN BADAN BERUNIFORM NEGERI JOHOR 2017.
1.YAZHAFIZZAL BIN AH AZMAN ( TAHUN 5 CHAMPION)
2.AMIRA BINTI SOBRI (TAHUN 5 CHAMPION)
3.ROHMAN BIN ATAN (TAHUN 5 CHAMPION)
4.NORATIRA BINTI BAHARUM (TAHUN 4 EXCELLENT
0 comments:
Post a comment