• Guru 
  • Murid 
  • Umum 
image preloader image preloader image preloader image preloader image preloader image preloader
JOM SIHAT! PDF Print E-mail
User Rating: / 1
PoorBest 
Written by Administrator 2   
Wednesday, 21 September 2011 22:52

Petik bunga berdahan lembut
Eloknya kelopak berwarna putih
Menjaga kesihatan amalan dituntut
Supaya cergas dapat diraih.

Pergi ke hutan mencari laici
Bawa bersama bekalan nasi
Kalau tuan bijak bestari
Apakah gerangan bunga dicari?

 

Berita di akhbar Utusan hari ini melaporkan Dasar Agromakanan Negara (DAN) yang akan dibentangkan di kabinet pada minggu depan akan membantu Malaysia menghadapi krisis makanan global yang dijangka berlaku pada masa depan. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Sri Noh Omar berkata, dasar itu juga akan memberi tumpuan kepada meningkatkan pengeluaran makanan negara tanpa perlu bergantung kepada hasil pertanian yang diimport. Berita penuh boleh lihat disini.

Menyahut Seruan Kerajaan
Sebagai menyahut dasar kerajaan yang sedang meningkatkan hasil pengeluaran tanpa bergantung dengan hasil pertanian yang diimport, alangkah baiknya semua rakyat punya kesedaran untuk mengeluarkan sayur-sayuran sendiri dengan cara memanfaatkan tanah yang ada sebagai kaedah alternatif persediaan menghadapi krisis makanan global yang tidak menentu dimasa mendatang.

Tanah yang kecil mampu dimanfaatkan dengan pulangan hasil yang lumayan. Gambar menunjukkan tanah sebelum dan selepas diusahakan untuk menanam sayur-sayuran.

Tanah yang kecil mampu dimanfaatkan dengan pulangan hasil yang lumayan. Gambar menunjukkan tanah ditepi rumah sebelum dan sesudah diiusahakan untuk menanam sayur-sayuran.

Menjauhi Sayuran Beracun
Selain daripada menyokong dasar kerajaan, secara tidak langsung rakyat dididik untuk lebih sihat. Beberapa kajian mendapati sayur-sayuran yang menghijau cantik yang dijual di pasaraya-pasaraya mengandungi kandungan rancun yang tinggi yang boleh memberi implikasi untuk kesihatan. Jadi, dengan menanam sayur-sayuran dengan memanfaatkan tanah yang ada, ianya menyumbang kepada pengurangan sakit-sakit yang pelbagai kini dan sekaligus membantu keluarga mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Menjana Ekonomi Keluarga
Memanfaatkan tanah yang ada dengan menanam sayur-sayuran juga dapat menjana ekonomi keluarga. Bagaimana? Dengan menanam sayur-sayuran sendiri, belanja dapur dapat dikecilkan dan keluarga boleh menabung atau menggunakan bahagian tersebut sebagai menampung keperluan-keperluan sehari-hari yang lebih mendesak. Sudahlah keluarga mampu hidup dengan mengamalkan gaya hidup sihat dengan memakan sayur-sayuran yang ditanam sendiri tanpa racun yang berlebihan malah ekonomi keluarga juga dapat dikecilkan.

Sayur-sayuran segar yang dipetik dari kebun kecil. Berkhasiat dan yang terpenting jauh dari kandungan racun yang tinggi yang boleh implikasi terhadap kesihatan.

Sayur-sayuran segar yang baru sahaja dipetik. Berkhasiat dan yang terpenting bebas dari kandungan racun yang boleh mengancam kesihatan dengan pelbagai penyakit moden kini.

 

Ruang Terhad
Mungkin ada yang bersuara, bagaimana untuk yang tinggal rumah tidak bertanah mahupun yang tinggal di rumah bertingkat seperti rumah pangsa dan kondo? Beberapa cadangan pakar supaya sayur-sayuran ditanam di dalam pasu ataupun polibag. Sebagai contoh, cili, pokok bendi, serai, pandan, semua jenis sayur-sayuran ini boleh ditanam di dalam pasu bagi yang tinggal dirumah teres manakal yang tinggal dirumah yang bertingkat, anda digalakkan bercucuk tanam dengan menggunakan pasu panjang dan diletakkan di balkoni rumah.

Pemandangan sayur-sayuran yang ditanam di dalam pasu-pasu tersusun rapi yang diletakkan di hadapan rumah. Jika bersesuaian dengan penjagaannya, sayur-sayuran juga mampu hidup subur seperti di atas tanah lapang.

Pemandangan deretan pasu-pasu yang tersusun cantik dihadapan rumah jenis teres yang tiada langsung tanah untuk bercucuk tanam. Jika bersesuaian dengan penjagaan, sayur-sayuran ini mampu hidup subur seperti di atas tanah lapang.

 

Pemandangan di belakang rumah jenis teres yang mana tuannya memanfaatkan bahagian belakang rumahnya dengan menanam sayur-sayuran menjalar seperti timun, kacang panjang dengan bantuan ampaian baju terpakai.

Ini pula pemandangan dibelakang rumah jenis teres itu tadi. Tuan rumah yang merupakan ibu kepada salah seorang warga SKPT telah memanfaatkan sebaik mungkin belakang rumahnya dengan menanam di dalam polibeg pokok tomato, sawi, bayam, pandan juga tanaman menjalar seperti timun dan kacang panjang dengan bantuan ampaian baju terpakai. Kreatif dan sungguh menjimatkan!

 

Kefahaman Dan Kesedaran
Sebenarnya kita mampu mengubah sesuatu dengan kefahaman dan kesedaran yang tinggi terutama dalam soal polemik pemakanan dan kesihatan yang semakin terancam dengan pelbagai penyakit kronik masa kini. Menanam sayur-sayuran sendiri banyak memberi faedah bukan sahaja dapat menjana ekonomi keluarga malah dengan berkebun atau bercucuk tanam, kita sebenarnya sedang bersenam dan sayur-sayuran juga tumbuh dengan sihat bebas racun.

Akhir kata, sebagai menjawab soalan pantun 4 kerat dipermulaan tulisan ini, bunga yang dimaksudnya seperti di atas adalah bunga pokok bendi yang sedang kembang mekar sesubur bendi-bendi di kebun kecil salah seorang warga SKTP. Mari sama-sama sihat dengan berkebun dan bercucuk tanam seterusnya menjana ekonomi keluarga kita sebagai persediaan awal menghadapi krisis makanan global mendatang. Jom sihat!

Last Updated on Friday, 07 October 2011 08:20
 

POPULAR ARTIKEL

ARTIKEL KHAS

MUAT TURUN

UNDIAN

Adakah Portal Rasmi SK Pengkalan Tereh ini Menarik?
 

GOV 1MALAYSIA JOHOR KPM JPNJ 5 BTP JPA SPA MOSTI KPKK MSC MAMPU SKMM CS EDU WEB MYSMS ZOOM A RSS Feed

Soalan Lazim Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Piagam Pelanggan Notis Hak Cipta Terma Dan Syarat Komen @ Cadangan

Hakcipta Terpelihara Portal SK Pengkalan Tereh Kluang Johor
Dibangunkan Dan Diselenggara Oleh - Pasukan Portal SK Pengkalan Tereh
Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox Versi 3+ / Microsoft Internet Explorer Versi 8+ / Google Chrome dengan resolusi skrin bersaiz 1024 x 768.