Sekolah Kluster Kecemerlangan

Kebitaraan Bahasa Inggeris


                  Penglibatan secara serius dalam bahasa ini memungkinkan murid berupaya bersaing pada peringkat antarabangsa. Kemahiran berbahasa inggeris menjadi pemangkin kecemerlangan sekolah, sekaligus menjadi tiket untuk memainkan peranan pada peringkat nasional dan antarabangsa. Semua 41 orang murid serta 8 orang guru sekolah ini terlibat secara langsung di dalam kebitaraan Bahasa Inggeris.  Pelaksanaan program ini diharap dapat menarik minat murid-murid untuk mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam Bahasa Inggeris serta memberi impak kepada penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan anak-anak orang asli di sini.
                  Pada tahun 2014, pihak sekolah telah menghantar seorang wakil ke Pertandingan Bercerita Peringkat Kebangsaan di SK Tengku Mariam, Batu Pahat, Johor.

LATAR BELAKANG KEBITARAAN BAHASA INGGERIS
Bahasa Inggeris dipilih sebagai bidang kebitaraan walaupun rekod
sekolah masih belum mencapai KPI yang ditetapkan. Oleh itu, menjadi cabaran dan tanggungjawab besar kepada pihak sekolah untuk memperkasa Bahasa Inggeris  sebagaimana falsafah sekolah.  Bahasa Inggeris merupakan bahasa komunikasi ketiga kepada masyarakat asli, namun perancangan yang rapi melalui jaringan antarabangsa dengan pihak luar khususnya etnik orang asli di seluruh dunia. diharap dapat melonjakkan imej sekolah ke tahap yang lebih cemerlang di dalam peperiksaan UPSR dan di mata dunia. Antara program yang dijalankan ialah
Kelas Bimbingan Bahasa Inggeris yang dijalankan 2 kali sebulan selama 8 bulan bermula Mac yang lalu. Selain itu kami juga mengadakan lawatan penanda aras ke sekolah-sekolah kluster di seluruh negara.
                        Diharap semua program ini dapat melonjakkan imej sekolah ke tahap yang lebih cemerlang di dalam peperiksaan UPSR serta di mata dunia.

OBJEKTIF
aMeningkatkan kecemerlangan pencapaian Bahasa Inggeris dalam peperiksaan awam.
b.    Mendedahkan murid supaya berani menyertai pertandingan di semua peringkat.
c.    Murid dapat berkomunikasi dengan yakin dan lancar dalam Bahasa Inggeris.
Guru-guru bukan opsyen juga dapat menguasai kemahiran Bahasa Inggeris serta mampu memberi sumbangan di peringkat antarabangsa.




0 comments:

Post a Comment

Pentadbir

EN MAHASAN BIN MOHD DAUD

LAMAN FROG VLE

Powered by Blogger.

WebMail 1Govuc


GOV

UPSR 2017

Lagu Muafakat Johor

GURU BERTUGAS


MINGGU KE-21
( Minggu Persekolahan Penggal 2)

[MINGGU INI]
11/06/2017 - 15/06/2017

Jacobraj A/L Subramaniam@Solomon

Fazlyshah bin Mohd Kamal


TEMA

JADUAL GAJI 2017

Daftar/Guna : ePenyata Gaji

Adakah Laman Web Ini Menarik?

Mesej