Sekolah Kluster Kecemerlangan

Kebitaraan Kebudayaan

Sekolah Kebangsaan Pengkalan Tereh ingin mengetengahkan Kebudayaan Orang Asli kepada Masyarakat luar amnya dan masyarakat orang asli Kaum Jakun khasnya dan tumpuan khususnya murid-murid sekolah ini.Memandangkan pada masa ini murid-murid kurang memahami kebudayaan tarian tradisional orang asli itu sendiri.

LATAR BELAKANG
            Kebitaraan Kebudayaan Muzik dan Tarian Tradisional ini adalah salah satu program Sekolah Kluster Kecemerlangan. Program ini merupakan salah satu usaha untuk mengekalkan kebudayaan muzik dan tarian tradisional masyarakat orang asli kaum Jakun agar tidak pupus ditelan zaman.
            Program ini meliputi latihan tarian dan muzik. Latihan tarian dan muzik diadakan 2 kali seminggu setiap bulan pada hari Jumaat dan Sabtu. Seramai 30 orang murid terlibat secara langsung dalam program ini. Jurulatih untuk mengajar muzik dan tarian ini telah dilantik dari kalangan yang professional dan mahir dalam bidang tarian dan muzik.
            Dengan adanya program ini, diharapkan agar ianya dapat mengetengahkan muzik dan tarian masyarakat orang asli pada peringkat Kebangsaan, seterusnya melahirkan murid-murid yang berkebolehan dalam bidang muzik dan tarian tradisioanal.

OBJEKTIF
Menyemai minat di kalangan kanak-kanak orang asli supaya menceburi bidang kebudayaan.
Memberikan pendedahan terhadap teknik kemahiran muzik dan tarian.
Memupuk dan memelihara bakat kanak-kanak dengan tunjuk ajar dan latihan yang berdisiplin dan bersistematik.
Membentuk keyakinan diri disamping melahirkan perasaan gembira dan kepuasan di kalangan pelajar.
Meningkatkan prestasi dan pencapaian pasukan kebudayaan di sekolah.
Melahirkan insane yang bertanggungjawab, berfikiran terbuka dan positif, saling member dan menerima di samping menerapkan nilai- nilai murni.
Dapat menarik minat pelajar untuk hadir ke sekolah dan belajar di sekolah.

0 comments:

Post a Comment

Pentadbir

EN MAHASAN BIN MOHD DAUD

LAMAN FROG VLE

Powered by Blogger.

WebMail 1Govuc


GOV

UPSR 2017

Lagu Muafakat Johor

GURU BERTUGAS


MINGGU KE-21
( Minggu Persekolahan Penggal 2)

[MINGGU INI]
11/06/2017 - 15/06/2017

Jacobraj A/L Subramaniam@Solomon

Fazlyshah bin Mohd Kamal


TEMA

JADUAL GAJI 2017

Daftar/Guna : ePenyata Gaji

Adakah Laman Web Ini Menarik?

Mesej