Sekolah Kluster Kecemerlangan

Sejarah Sekolah

SEJARAH KEWUJUDAN SEKOLAH

Pada awal penempatan penduduk di perkampungan baru, menjadi harapan mereka supaya mempunyai sebuah sekolah berhampiran dengan penempatan mereka. Penduduk kampung telah merayu kepada Jabatan Hal Ehwal Orang Asli supaya anak-anak mereka tidak lagi berulang-alik ke Bandar Kluang untuk  menuntut ilmu yang jarak pada waktu itu melebihi 40 kilometer melalui belukar dan kebun-kebun getah persendirian yang dipunyai oleh orang luar.
Mereka tidak menjadi halangan untuk dikumpulkan dalam satu penempatan perkampungan yang terdiri dari 4 buah kampung dengan mempunyai ketua masyarakat (Batin) sendiri, asalkan perkampungan baru tersebut dapat didirikan sebuah sekolah untuk anak-anak mereka belajar. Kampung-kampung asal tersebut ialah Kampung Lundang, Pengkalan Padang, Pengkalan Pondok dan Pengkalan Tereh sendiri.
Maka pada awal tahun 1963 terdirilah sebuah sekolah yang terletak di tanah rizab orang Asli dengan keluasan 3 ekar dan dinamakan Sekolah Kebangsaan Pengkalan Tereh iaitu mengambil sempena nama penempatan baru mereka iaitu Kampung Pengkalan Tereh. ‘Tereh’ membawa masud batu merah besar yang terdapat di tengah-tengah perkampungan tersebut.
Dengan sebuah bangunan berdindingkan papan berukuran 24 X 70 kaki maka tersergam bangunan tersebut dengan peruntukan oleh Pejabat Daerah Kluang dan dibina oleh unit pasukan Pembina, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli. Bangunan tersebut yang tidak mempunyai ruang bilik darjah telah dijadikan ruang pembelajaran dan pengajaran oleh saorang guru pertama yang diambil secara sementara bernama En.Daud bin Md.Salleh (1963-1964). Perkhidmatan beliau tidak lama kerana beralih perkerjaan kepada pegawai di Jabatan Hal Ehwal Orang Asli.

SEJARAH PENTADBIRAN SEKOLAH

Semenjak penubuhan, sekolah ini ditadbir oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli sehinggalah pada tahun 1966 Kementerian Pelajaran sewaktu itu telah mengambil alih dan meletakkanya di bawah pentadbiran SK Kahang Batu 28. Pada tahun 1968, SKPT telah bertukar naugan sekali lagi dan diletakkan kepada pentadbiran SK Sri Kampung Tengah. Kelas dibuka hanya untuk Tahun 1 hingga 5 manakala murid Tahun 6 di tempatkan di SK Sri Kampung Tengah. Tamat diperingkat sekolah rendah mereka melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Sultan Abd.Jalil, Kluang. Sekolah ini juga digunakan sebagai kelas dewasa yang dijalankan 3 kali seminggu selama 1 jam dibawah kelolaan JHEOA.
Selepas dua tahun kira-kira pada pertengahan tahun 1975 sekolah ini terpaksa ditutup disebabkan beberapa faktor disegi pengurusan sekolah dan lain-lain masalah. Beberapa tahun kemudian Jabatan Hal Ehwal Orang Asli mengambil semula pengurusan dan pentadbiran sekolah ini, setelah pihak Pejabat Pendidikan Daerah Kluang tidak lagi menghantar guru ke sekolah tersebut. Pihak JHEOA telah menempatkan kakitangan unit Pendidikan untuk mengajar anak-anak orang Asli di perkampungan ini. Kakitangan dan pentadbiran sekolah tersebut diselia-pantau pengurusannya dibawah Unit Pendidikan JHEOA cawangan Johor di Johor Bahru.


MOU DI ANTARA JAB. HAL EHWAL ORANG ASLI (JHEOA) DENGAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Sehinggalah pada awal tahun 1995 satu perjanjian persefahaman (MOU) telah ditanda-tangani di-antara Jabatan Hal Ehwal Orang Asli dengan Kementerian Pendidikan yang meletakkan semula sekolah ini di bawah pentadbiran Kementerian Pendidikan sehingga sekarang. Bermula tahun tersebut SK Pengkalan Tereh menjalankan pentadbirannya sendiri dan menggunakan kod JBA 2047 yang mana diwaktu itu En.Saidon bin Suratman dilantik sebagai Pemangku Guru Besar. Pada Tahun 1997 sekolah ini mendapat satu blok bangunan tambahan yang digunakan sebagai pejabat, perpustakaan, bilik guru dan kelas yang boleh dibuka sebagai dewan sementara atau dewan peperiksaan. Pada awal tahun 2001 sekolah menerima siaran Astro untuk TV Pendidikan.


Hak Cipta Terpelihara ©www.skpengkalantereh.com™

Pentadbir

EN MAHASAN BIN MOHD DAUD

LAMAN FROG VLE

Powered by Blogger.

WebMail 1Govuc


GOV

UPSR 2017

Lagu Muafakat Johor

GURU BERTUGAS


MINGGU KE-21
( Minggu Persekolahan Penggal 2)

[MINGGU INI]
11/06/2017 - 15/06/2017

Jacobraj A/L Subramaniam@Solomon

Fazlyshah bin Mohd Kamal


TEMA

JADUAL GAJI 2017

Daftar/Guna : ePenyata Gaji

Adakah Laman Web Ini Menarik?

Mesej