Sekolah Kluster Kecemerlangan

Soalan Lazim

BAHAGIAN 1

APA ITU LAMAN WEB RASMI SK PENGKALAN TEREH ?



Laman Web Rasmi SK Pengkalan Tereh @ www.skpengkalantereh.com merupakan gerbang maya utama kepada informasi Sekolah Kebangsaan Pengkalan Tereh melalui Internet. Ia sebenarnya adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat berkaitan sekolah ini. Anda juga boleh melayari pelbagai  laman web agensi-agensi yang berkaitan. Inisiatif ini dilaksanakan oleh Unit ICT SK Pengkalan Tereh untuk kemudahan pihak-pihak luar yang memerlukan informasi sekolah secara maya dengan lebih mudah dan efektif.



SIAPAKAH PENGENDALI PORTAL RASMI SK PENGKALAN TEREH ?

Semenjak September 2007, En. Rizalman bin Kasman telah dilantik sebagai Webmaster bagi Portal Rasmi yang lama sekolah ini. Beliaulah pengendali dan pelopor portal rasmi SK Pengkalan Tereh. Kemudian mulai penghujung 2010, konsep "Work Delegation"dilaksanakan oleh beliau kerana bebanan tugas-tugas beliau yang lain.
Bagi memantapkan lagi pengurusan portal, satu team portal telah dibentuk. En. Mohd Azmie Daniel bin Idris telah dilantik sebagai Assistant Webmaster dan En. Hazman bin Kelion sebagai Webrunner/CC.
Kemudian mulai awal tahun 2011, Juruteknik Komputer sekolah telah membangunkan Portal Rasmi yang baru. En Rizalman Bin Kasman kekal sebagai Webmaster merangkap Super Administrator serta penasihat laman web ini atas kepercayaan pihak sekolah.
Pada Tahun 2015 sekali lagi Laman Web Rasmi ini diwujudkan menggantikan Portal Rasmi disediakan & Diselenggara Oleh Unit ICT.


APAKAH PELAYAR WEB (WEB BROWSER) YANG SESUAI UNTUK MELAYARI LAMAN WEB RASMI INI ?

Portal ini sesuai dilayari menggunakan Mozilla Firefox Versi 3+ / Microsoft Internet Explorer Versi 8+ / Google Chrome dengan resolusi skrin bersaiz 1024 x 768. .

SAYA INGIN MELAYARI LAMAN WEB RASMI SK PENGKALAN TEREH.
APAKAH "TAG" YANG MUDAH BOLEH SAYA TAIPKAN?

Taip sahaja "sk pengkalan tereh", enjin carian pelayar web akan terus menyenaraikan beberapa laman berkaitan sekolah ini.
Klik pada laman yang alamat URLnya "www.skpengkalantereh.com"


SEJAK BILAKAH PORTAL RASMI INI DIWUJUDKAN ?

Laman Web SK Pengkalan Tereh @ www.skpengkalantereh.com ini merupakan Laman Web rasmi ketiga.
Ia mula diwujudkan pada bulan Januari Tahun 2015 menggantikan portal yang lama (2011-2014) dan juga portal @ www.skpengkalantereh.dsekolah.edu.my (2007 - 2010) yang sering mengalami masalah.


MENGAPA LAMAN WEB RASMI SK PENGKALAN TEREH INI DIWUJUDKAN ?

Dunia ICT berkembang dengan pesat dan kebanyakan maklumat telah disediakan secara online. SK Pengkalan Tereh tidak mahu ketinggalan dalam persaingan digital yang semakin pesat  dan Portal Rasmi SK Pengkalan Tereh @ www.skpengkalantereh.com diwujudkan untuk memberi kesenangan mencari maklumat serta perkhidmatan yang kami sediakan di samping untuk mempromosi nama SK Pengkalan Tereh ke peringkat antarabangsa. Memandangkan kami terletak di bawah naungan Kementerian Pelajaran Malaysia, maka dengan wujudnya portal rasmi ini pelbagai pihak yang berkaitan dengannya dapat mengakses portal ini dengan tujuan mendapatkan segala informasi dengan mudah sekali yang boleh dilayari di mana-mana jua. Ia juga menjadi satu medium perhubungan yang berkesan di antara sekolah dan masyarakat.


SIAPAKAH YANG DIBENARKAN MELAYARI PORTAL RASMI SK PENGKALAN TEREH ?
Umumnya, Portal Rasmi SK Pengkalan Tereh @ www.skpengkalantereh.com boleh dicapai oleh semua lapisan masyarakat. Bagaimanapun, terdapat beberapa kemudahan yang memerlukan anda mendaftar sebagai seorang ahli.

SIAPAKAH PENGUNJUNG SASARAN PORTAL RASMI INI ?
Kami sentiasa mengalu-alukan sesiapa sahaja datang mengunjungi Portal Rasmi SK Pengkalan Tereh @ www.skpengkalantereh.com ini terutamanya murid-murid, bekas murid, guru-guru dan masyarakat umum.


APAKAH YANG DITAWARKAN DI DALAM PORTAL RASMI INI ?
Portal Rasmi ini menawarkan pelbagai berita dan maklumat mengenai pentadbiran, pengurusan, kurikulum, hal ehwal murid, ko kurikulum, sejarah dan pautan-pautan kepada laman web pendidikan.


ADAKAH PORTAL RASMI SK PENGKALAN TEREH BOLEH DIAKSES DENGAN BAIK SEDANGKAN SEKOLAH INI TERLETAK DI KAWASAN PEDALAMAN?

Boleh, kerana Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyediakan  kemudahan talian 1Bestarinet (Internet Berkelajuan Tinggi)

PERLUKAH SAYA MEMINTA KEBENARAN SEKIRANYA SAYA INGIN MENYALIN ATAU MENCETAK MAKLUMAT DARIPADA PORTAL RASMI INI? JIKA YA, KEPADA SIAPAKAH SAYA PERLU MEMINTA KEBENARAN ?
Segala artikel atau siaran di dalam Portal Rasmi SK Pengkalan Tereh @ www.skpengkalantereh.com ini adalah hak milik portal ini secara sah. Anda hanya boleh menyalin, mencetak atau menyebar dengan mendapat kebenaran daripada Webmaster ini atau anda memasukkan nama portal  ini sebagai sumber asal artikel anda.


BERAPA KALIKAH KEKERAPAN PORTAL RASMI INI DIKEMASKINI DALAM SEMINGGU ?
Kami mempunyai piagam pelanggan kami sendiri di dalam pengurusan portal ini. Kami telah menetapkan sasaran dan akan cuba meningkatkan kekerapan Portal Rasmi SK Pengkalan Tereh @ www.skpengkalantereh.com ini dikemaskini sehingga mencapai sekurang-kurangnya tiga kali sehari. Buat masa ini, kami dapat mengemaskini portal ini tujuh kali seminggu.


SAYA INGIN MENULIS BUKU PELAWAT.
ADAKAH PORTAL INI MENYEDIAKAN KEMUDAHAN BUKU PELAWAT ?
Ya, kami ada menyediakan kemudahan buku pelawat. Kami sentiasa mengalu-alukan setiap pengunjung untuk menulis di dalam Buku Pelawat Kami.

PERNAHKAH PORTAL INI MENDAPAT PENGIKTIRAFAN ?
Ya, pada tahun 2010 iaitu diiktiraf oleh Jabatan Pelajaran Negeri Johor sebagai Laman Web Terbaik Negeri Johor (Kedua bagi kategori Sekolah Kebangsaan Luar Bandar) melalui portal lama @ www.skpengkalantereh.dsekolah.edu.my yang dikendalikan oleh En. Rizalman bin Kasman.
.................................................................................................................................................................
BAHAGIAN 2


SAYA TIDAK PERNAH MENDENGAR NAMA SK PENGKALAN TEREH.
BOLEH TERANGKAN LEBIH LANJUT ?
SK Pengkalan Tereh merupakan sebuah sekolah Orang Asli yang terletak di kawasan pedalaman iaitu dalam daerah Kluang di negeri Johor Darul Ta'zim. Jarak dari Pejabat Pelajaran Daerah Kluang ialah sejauh 33 km, iaitu 18 km jarak  jalan berturap melalui Jalan Mersing hingga ke pekan Kampung Gajah dan 12 km jarak  jalan tanah merah melalui Ladang Pamol dan jalan kampung. Kenderaan yang boleh dilalui hingga ke sekolah hanya kenderaan persendirian sahaja.


DI MANAKAH LETAKNYA SK PENGKALAN TEREH ?
SK Pengkalan Tereh terletak di kawasan pedalaman iaitu di Kampung Orang Asli Pengkalan Tereh dalam daerah Kluang di negeri Johor Darul Takzim.


SEKOLAH INI TERLETAK DI KAWASAN PEDALAMAN.
ADAKAH SUKAR UNTUK SAMPAI KE SEKOLAH INI?

Tidak. Walaupun SK Pengkalan Tereh terletak di kawasan pedalaman ia mempunyai sistem perhubungan yang agak baik iaitu melalui jalan merah berbukit-bukau dan denai via jalan ladang kelapa sawit.

BILAKAH SEKOLAH INI DITUBUHKAN?
Sekolah ini telah ditubuhkan pada Januari 1963.


BERAPA JAUHKAH SK PENGKALAN TEREH DARI BANDAR BERDEKATAN ?
Bandar yang terdekat dengan SK Pengkalan Tereh ialah Kluang  iaitu kira-kira 33 km.


SK PENGKALAN TEREH DI LETAKKAN DALAM KATEGORI SEKOLAH APA ?
SK Pengkalan Tereh merupakan sebuah sekolah rendah Orang Asli yang dimasukkan ke dalam kelompok Sekolah Kebangsaan atau SK. Sekolah ini dikategorikan sebagai “Sekolah Pedalaman”.


ADAKAH SK PENGKALAN TEREH MERUPAKAN SATU-SATUNYA SEKOLAH ORANG ASLI DI DAERAH KLUANG?

Tidak. Terdapat 3 buah sekolah Orang Asli di daerah Kluang termasuklah SK Pengkalan Tereh. Dua buah sekolah lagi ialah SK Seri Sedohok dan SK Punan.


SIAPAKAH GURU BESAR SK PENGKALAN TEREH?
Guru Besar SK Pengkalan Terh pada ketika ini ialah Tn Hj Johari Bin Hj Hassan


BERAPAKAH JUMLAH MURID DAN GURU/STAF DI SK PENGKALAN TEREH?
Pada Tahun 2013 jumlah murid ialah 47 orang, manakala jumlah guru termasuk Guru Besar ialah 18 orang dan staf seramai 3 orang.


APAKAH KEISTIMEWAAN SEKOLAH INI ?
SK Pengkalan Tereh merupakan sekolah Orang Asli pertama diumumkan sebagai Sekolah Kluster (Kategori Sekolah Orang Asli) di Malaysia. Pengiktirafan ini diperolehi pada 31 Mac 2007  daripada Kementerian Pelajaran Malaysia. Selain daripada itu sekolah ini juga telah diiktiraf sebagai Sekolah Cemerlang, Sekolah Harapan Negara dan mendapat Anugerah Kualiti Menteri Pelajaran.
 
SEKIRANYA SAYA MEMPUNYAI ADUAN, KOMEN ATAU PENDAPAT, DI MANAKAH DAN BAGAIMAKAH SAYA BOLEH SALURKANNYA ?
Kami sentiasa mengalu-alukan sebarang aduan, komen atau pendapat anda. Anda boleh mengajukannya terus ke dalam email kami iaitu skpengkalantereh@gmail.com dengan menyertakan nama sebenar atau nama samaran dan lokasi anda. Sekiranya anda ingin menyumbangkan sebarang maklumat atau artikel, anda juga boleh mengajukan di dalam email di atas. Anda juga boleh salurkannya ke Webmaster atau Super Admin di alamat e-mail yang tertera di dalam portal kami. Selain daripada itu, kami juga ada menyatakan alamat-alamat e-mail semua warga sekolah agar pengunjung mudah untuk menghantar sebarang maklumat.


SEKIRANYA SAYA INGIN BERURUSAN DENGAN PIHAK SEKOLAH, APAKAH NOMBOR TELEFON YANG BOLEH DIHUBUNGI ?
Anda boleh hubungi pihak-pihak di bawah :


Guru Besar - Data Sedang Dikemaskini


GPK 1 - 012-7315282


GPK HEM - 013-7080875


GPK Ko-ko - 013-7553973


Pembantu Tadbir - 012-7680742




SAYA AKAN BERKUNJUNG KE SK PENGKALAN TEREH TIDAK LAMA LAGI. DIMANAKAH SAYA BOLEH MENGINAP DI KLUANG? BOLEH CADANGKAN MANA-MANA HOTEL ?

Kami cadangkan anda menginap di Hotel BCB (Prime City Hotel), Kluang yang terletak bersebelahan dengan Stesyen Bas Utama Bandar Kluang. Hubungi: 07-7714878

.................................................................................................................................................
SOALAN-SOALAN DI ATAS MERUPAKAN SOALAN LAZIM YANG SERING DIUTARAKAN OLEH PENGUNJUNG LAMAN WEB INI.
SEMOGA SEGALA PENERANGAN DAN JAWAPAN YANG DIBERIKAN DAPAT MEMBANTU ANDA SEMUA.
TERIMA KASIH

Hak Cipta Terpelihara
Sumber : ©Super Administrator™ | www.skpengkalantereh.com

Pentadbir

EN MAHASAN BIN MOHD DAUD

LAMAN FROG VLE

Powered by Blogger.

WebMail 1Govuc


GOV

UPSR 2017

Lagu Muafakat Johor

GURU BERTUGAS


MINGGU KE-21
( Minggu Persekolahan Penggal 2)

[MINGGU INI]
11/06/2017 - 15/06/2017

Jacobraj A/L Subramaniam@Solomon

Fazlyshah bin Mohd Kamal


TEMA

JADUAL GAJI 2017

Daftar/Guna : ePenyata Gaji

Adakah Laman Web Ini Menarik?

Mesej