Sekolah Kluster Kecemerlangan

Ucapan Guru Besar

GURU BESAR SK PENGKALAN TEREH
EN MAHASAN BIN MOHD DAUD
GURU BESAR SK PENGKALAN TEREH [  BERMULA 06 / 10 /2016 ]
GURU BESAR DG42

~ SEKAPUR SIRIH ~
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Salam 1Malaysia,
Terlebih dahulu Selamat datang diucapkan kepada semua pengunjung Laman Web Rasmi SK Pengkalan Tereh (Sekolah Kluster Kecemerlangan). Saya En Mahasan Bin Mohd Daud, merupakan Guru Besar yang ke-9 untuk sekolah ini. Saya rasa amat bersyukur kerana dapat bekerjasama dengan warga sekolah yang komited serta gigih dalam melaksanakan tugas demi meneruskan kecemerlangan yang telah dicapai.
Dalam dunia ICT yang serba ringkas ini, maklumat dapat diperolehi hanya di hujung jari. Justeru, SK Pengkalan tereh telah menyediakan pelbagai info dalam Portal Rasmi sekolah ini khas untuk semua pengunjung agar maklumat yang ingin dikongsi dapat diakses di hujung jari. Para pengunjung boleh mengakses pelbagai maklumat berhubung sekolah ini dengan mudah dan pantas.
Semoga dengan adanya Portal Rasmi ini, ia dapat membantu merealisasikan visi sekolah iaitu ”Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik Negara Sejahtera”, InsyaAllah.
Saya juga mengucapkan terima kasih, tahniah dan setinggi penghargaan kepada Team Portal yang berusaha menjadikan Portal Rasmi ini sentiasa bermaklumat dan kemaskini. Tahniah kerana Portal Rasmi kita ini telah berjaya diiktiraf sebagai Laman Web Terbaik Sekolah-Sekolah Rendah Negeri Johor (Tempat ke-dua Kategori Sekolah Luar Bandar) dalam Majlis Anugerah Inovasi JPN Johor pada tahun 2010. Syabas!
Tidak lupa juga kepada Unit ICT sekolah ini yang turut membantu mengembangkan kecemerlangan ICT.
Saya berharap para pengunjung tertarik untuk melayari Portal Rasmi ini bagi mendapatkan maklumat atau pun berkongsi maklumat bersama kami. Saya juga mengalu-alukan kunjungan anda dalam Portal Rasmi ini mahupun terus datang berkunjung ke SK Pengkalan Tereh bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang sekolah ini.
Sekian Terima Kasih.
Wassalam

Pentadbir

EN MAHASAN BIN MOHD DAUD
GURU BESAR SKPT

LAMAN FROG VLE

Powered by Blogger.

WebMail 1Govuc


GOV

KEPUTUSAN UPSR 2017

UPSR 2017Countdown

Lagu Muafakat Johor

GURU BERTUGAS


MINGGU KE-34
( Minggu Peperiksaan UPSR)

[MINGGU INI]
10/09/2017 - 14/09/2017

Pn. Nor Fadzillah binti Tajuddin

En. Khairulnizam bin Baharudin


TEMA

JADUAL GAJI 2017

Daftar/Guna : ePenyata Gaji

Adakah Laman Web Ini Menarik?

Mesej