MINGGU ANTI DADAH 2011 PDF Print E-mail
User Rating: / 6
PoorBest 
Written by Webmaster   
Monday, 28 February 2011 14:51

MINGGU ANTI DADAH PERINGKAT SEKOLAH

Penyampaian Hadiah

Majlis Penyampaian Hadiah telah diadakan hari ini kepada murid yang berjaya

dalam Aktiviti Minggu Anti Dadah yang disampaikan Oleh Guru Besar, En Jasman Bin Mursid

manakala Perasmian Penutup Minggu Anti Dadah  pula telah disempurnakan

oleh GPK HEM, En. Rizalman bin Kasman.

Penyampaian Hadiah


JUMAAT 4HB 3 2011

Pameran Dan Ceramah Kesihatan Oleh Wakil Pejabat Kesihatan Kluang.

Turut diadakan Pemeriksaan Kesihatan Kepada Warga Sekolah Dan Penduduk Kampung Pengkalan Tereh.

 

Image2

Image4

Image5

Image6

Image3


KHAMIS 3HB 3 2011

MINGGU ANTI DADAH SK PENGKALAN TEREH

3HB 3

KHAMIS

7.30 A.M

10.00 A.M

Cuma 5 Minit

Edaran Soalan Kuiz Kesihatan


RABU 2HB 3 2011

Hari Ketiga Minggu Anti Dadah dimulakan dengan Senamrobik.

Kemudian Pertandingan Mewarna untuk Pra Sekolah dan Tahap 1, serta

Pertandingan Melukis Poster dan Kuiz untuk Tahap 2.

 


SELASA 1HB 3 2011

Hari ini Minggu Anti Dadah diteruskan dengan Pameran Dan Ceramah Anti Dadah

yang disampaikan oleh Pembantu AntiDadah AADK Daerah Kluang.

En Madhathir Bin Mansor bersama MD Faaiq Bin Hafiz Dan Zuraidi Bin Othman.

Pameran & Ceramah Anti Dadah


ISNIN 28HB 2 2011

Minggu Anti Dadah di Sk Pengkalan Tereh bermula pada 28HB 2 2011 Hingga 4HB 3 2011

telah dirasmikan oleh Guru Besar En Jasman Bin Mursid,

Bacaan Ikrar Oleh Semua Murid,

Perutusan YB Menteri Pelajaran Malaysia yang dibaca Oleh GPK 1 En Saidon Bin Suratman.

Perasmian Dan Ucapan Perutusan

 

TENTATIF PROGRAM MINGGU ANTI DADAH 2011

TARIKH MASA AKTIVITI

28HB 2

ISNIN

7.30 A.M

8.30 A.M

Pelancaran Minggu Anti Dadah

Bacaan Ikrar Oleh Semua Murid

Bacaan Perutusan YB Menteri Pelajaran Malaysia

Ucapan Guru Besar

Cuma 5 Minit

Edaran tajuk dan syarat-syarat Pertandingan Melukis Poster Projek Sudut PPDa

1HB 3

SELASA

7.30 A.M

10.00 A.M

Cuma 5 Minit

Projek Sudut PPDa

Pameran dan Ceramah Anti Dadah

2HB 3

RABU

7.30 A.M

10.00 A.M

Cuma 5 Minit

Senamrobik

Edaran Soalan Kuiz Pencegahan Dadah

Pertandingan Mewarna Pra Sekolah Dan Tahap 1

Pertandingan Melukis Poster Tahap 2

3HB 3

KHAMIS

7.30 A.M

10.00 A.M

Cuma 5 Minit

Edaran Soalan Kuiz Kesihatan

4HB 3

JUMAAT

7.30 A.M

10.00 A.M

Cuma 5 Minit

Pameran Dan Ceramah Kesihatan

Pemeriksaan Kesihatan

Majlis Penutup Dan Penyampaian Hadiah

 

APA ITU DADAH?

DADAH merupakan bahan kimia psikoaktif yang mempunyai kesan paling ketara keatas sistem saraf seperti menyebabkan keadaan mabuk, khayal, ketagih, gangguan tingkahlaku dan sebagainya. Takrif dadah tidak meliputi inhalant, alkohol dan tembakau walaupun bahan ini banyak persamaan dengan dadah dari segi kesannya.

CIRI-CIRI DADAH

² Mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat (otak dan saraf tunjang;

² Bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaanya adalah dilarang;

² Membawa kepada pergantungan fizikal dan psikologikal serta meningkatkan daya tahan terhadap dadah;

² Diperolehi secara haram; dan

² Mendatangkan kesan-kesan buruk / bahaya keatas kesihatan dan kefungsian sosial.


KENALI DADAH (sumber:AADK Daerah Kluang)

BIL

JENIS DADAH CARA MENGGUNAKAN BAHAYA&KESAN HUKUMAN
1

SYABU

Juga Dikenali Sebagai Methamphetamine hydrochloride /Ice

Merupakan jenis dadah yang berada dalam kumpulan stimulan dan ianya berbentuk kaca pecah dan kadang-kadang seperti tawas. Dalam aspek perubatan syabu didapati tidak mempunyai kegunaan untuk tujuan mengubati. Syabu yang paling berkualiti berwarna putih kristal diikuti dengan warna putih kemerahan dan yang paling rendah kualitinya pula mempunyai rasa yang pahit.

Chasing the dragon atau biasanya ditagih dalam bilik atau menggunakan peralatan yang hampir menyerupai penghisap candu.

Perasaaan yakin pada diri sendiri.

Bertenaga dan cergas.

Boleh berjaga tanpa tidur sehingga 2-3 hari.

Penurunan berat badan.

Tingkah laku agresif

Halusinasi

Seseorang itu adalah dianggap mengedar dadah sekirangya didapati memiliki :

50 gram atau lebih berat syabu hukumannya ialah MANDATORI GANTUNG SAMPAI MATI dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 atau 30 gram atau lebih berat syabu hukumanya ialah PENJARA TIDAK KURANG LIMA TAHUN atau PENJARA SEUMUR HIDUP atau 10 SEBATAN ROTAN.

2

ECSTACY

Juga dikenali sebagai Yaba/Crazy Horse Pill

Ialah sejenis dadah rekaan yang merupakan mood enhancing drug yang menpunyai kesan terhadap persepsi pengguna kepada keadaan sekeliling terutamanya warna dan kesan bunyi. Dadah jenis ini dikaitkan dengan sindrom goyang kepala berasakan irama muzik yang kuat yang akan menyebabkan denyutan jantung mengikut rentak muzik.

Menelan

Muntah,Kekejangan Otot.

Keletihan yang melampau.

Kecenderungan bertindak ganas, Mudah marah,

Kemurungan,tidak berfikiran waras,keresahan

Peningkatan tekanan darah.

Seseorang itu adalah dianggap mengedar dadah sekiranya didapati memiliki :

50 gram atau lebih berat Amphetamin/Ecstacy hukumannya ialah MANDATORI GANTUNG SAMPAI MATI dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 atau 30 gram atau lebih berat Amphetamin/Ecstacy hukumanya ialah PENJARA TIDAK KURANG LIMA TAHUN atau PENJARA SEUMUR HIDUP atau 10 SEBATAN ROTAN.

3

KOKAIN

Juga dikenali sebagai Coke/Crack/Snow/Flake

Adalah serbuk putih yang berasal di Peru,Bolivia dan Colombia di Pergunungan Andes,Amerika Syarikat.

Menyuntik,menghisap dan menghidu.

Resah,kekeliruan,paranoia,pertuturan tidak jelas.

Anak mata membesar,Pernafasan dan degupan jantung meningkat.

Hilang daya ingatan.

Kegagalan sisitem penafasan dan jantung untuk berfungsi.

Seseorang itu adalah dianggap mengedar dadah sekiranya didapati memiliki :

40 gram atau lebih berat Kokain hukumannya ialah MANDATORI GANTUNG SAMPAI MATI dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 atau 15 gram atau lebih berat Kokain hukumanya ialah PENJARA TIDAK KURANG LIMA TAHUN atau PENJARA SEUMUR HIDUP atau 10 SEBATAN ROTAN.
4

MORFIN

Juga dikenali sebagai M.Tab/White Stuff/Monkey Dremer/Marpho.

Sejenis alkaloid yang diperolehi daripada candu mentah. Dalam pasaran gelap ia selalunya diperolehi sebagai morfin mentah,bes morfin,morfin sulfat atau morfin hidroklorik.

Menelan,menyuntik

Mengantuk,kurang imbangan,tindak balas lambat,pertuturan tidak jelas

Mata hitam mengecil,tidur dan jaga tanpa sedar/mimpi

Sentiasa khayal/mengelamun,hilang pertimbangan,Tekanan darah menurun

Kurang selera Makan

Seseorang itu adalah dianggap mengedar dadah sekiranya didapati memiliki :

15 gram atau lebih berat Morfin hukumannya ialah MANDATORI GANTUNG SAMPAI MATI dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 atau 5 gram atau lebih berat Morfin hukumanya ialah PENJARA TIDAK KURANG LIMA TAHUN atau PENJARA SEUMUR HIDUP atau 10 SEBATAN ROTAN.
5

HEROIN

Juga dikenali sebagai Big H/Dope/Smack/TNT

Dalam bentuk tulen adalah serbuk pahit yang dihasilkan daripada morfin dan mempunyai kekuatan lebih dua kali ganda morfin

Heroin No.4 dalam serbuk halus dan berwarna putih/kuning manakala Heroin No.3 warna berbeza-beza iaitu coklat muda/kelabu gelap.

Menyuntik,Menghidu.

Muka Merah,Mata hitam mengecil,Rasa geli dibahagian perut.

Mengantuk,Hilang selera makan,tidur dan jaga tanpa sedar/mimpi.

Hilang pertimbangan,Peredaran darah menurun.

Seseorang itu adalah dianggap mengedar dadah sekirangya didapati memiliki :

15 gram atau lebih berat Heroin hukumannya ialah MANDATORI GANTUNG SAMPAI MATI dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 atau 5 gram atau lebih berat Heroin hukumanya ialah PENJARA TIDAK KURANG LIMA TAHUN atau PENJARA SEUMUR HIDUP atau 10 SEBATAN ROTAN.

6

KANABIS

Juga dikenali sebagai Ganja/Grass/Pot/Marijuana/Weed

Kanabis adalah istilah umum yang digunakan untuk semua jenis dadah yang diperolehi daripada pokok cannabis sativa yang berasal dari kawasan beriklim panas seperti Asia,Mexico,Afrika dan Timur Tengah. Ia merupakan bahan yang sangat kompleks dan mengandungi sekurang-kurangnya 421 jenis bahan kimia yang mana THC merupakan bahan psikoaktif yang utama.

Menelan,Menghisap

Kerosakan teruk kepada paru-paru,otak dan jantung.

Penglihatan kabur,Cemas,Paranoia.

Hilang selera makan,Tidak boleh tidur.


Seseorang itu adalah dianggap mengedar dadah sekirangya didapati memiliki :

200 gram atau lebih berat Ganja hukumannya ialah MANDATORI GANTUNG SAMPAI MATI dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 atau 50 gram atau lebih berat Ganja hukumanya ialah PENJARA TIDAK KURANG LIMA TAHUN atau PENJARA SEUMUR HIDUP atau 10 SEBATAN ROTAN.

Baca berita mengenai Dadah Dalam Keratan Akhbar Sinar Harian Klik Disini

LAYARI LAMAN WEB AADK KLIK DISINI

Last Updated on Thursday, 01 March 2012 12:08
 


Hakcipta Terpelihara Portal SK Pengkalan Tereh Kluang Johor
Dibangunkan Dan Diselenggara Oleh - Pasukan Portal SK Pengkalan Tereh
Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox Versi 3+ / Microsoft Internet Explorer Versi 8+ / Google Chrome dengan resolusi skrin bersaiz 1024 x 768.